Ahmad Basri bin Mohd Akil

Allahyarham Dato' Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil (25 April 1939, Alor Setar hingga 15 Julai 2008) adalah bekas Pengurus Pasukan Bolasepak Negeri Kedah dan Pengurus Pasukan Bolasepak Malaysia yang meraih pingat emas Sukan SEA tahun 1989. Beliau juga pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sehingga bersara. Disamping itu turut menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman serta Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).